Tuesday, April 28, 2009

Mari menghias

pada 25 April 2009, SKSN telah mengadakan LADAP yg pertama bagi tahun 2009. Program yang pertama ini telah diberikan tanggungjawab melaksana kepada Puan Zarina Zorkefly selaku Guru PSS SKSN. Tajuk LADAP ini adalah berkaitan dengan Penggunaan EduWEB TV. Taklimat mengenai penggunaan Laman EduWEB Tv ni telah diadakan di kelas tahun 6.Program telah bermula pada jam 8.00 pagi. Sesi pertama sehingga jam 10 pg.dan selepas rehat program diteruskan dengan aktiviti keceriaan PSS dan Makmal Komputer. Program LADAP ini berakhir pada jam 12.30 tgh hari dan ada sedikit jamuan sebelum guru2 pulang..







\















Monday, April 27, 2009

Wednesday, April 22, 2009

Majlis Maulidur Rasul anjuran K-Bestari Kg Sungai Nipah Baroh

Bertempat di perkarangan SKSN, telah berlangsung majlis Maulidur Rasul anjuran Komuniti Bestari (K-Bestari) Kg Sungai Nipah Baroh. Ceramah ini telah disampaikan oleh Sahibul Samahah Al Fadhil Ustaz Harith Fadillah bin Abd Halim. Beliau merupakan Ketua Penolong Pengarah (Dakwah) Jabatan Agama Islam Perak. Beliau merupakan penceramah agama di Radio Perak FM.

Sambutan Majlis Maulidur Rasul ini telah dihadiri oleh penduduk di kawasan Kg Sungai Nipah dan kawasan sekitarnya. turut hadir pada majlis ini ialah YB Datuk Shaarani Mohamad, ADUN Rungkup, En Khairuddin Hj Tarmizi, Setiausaha Khas Menteri Pertahanan Malaysia, Cikgu Zainuldin Helmi, Ketua Pemuda Bahagian Bagan Datoh, SM Badarudin, Ketua Balai Polis Bagan Datoh.

Majlis ini telah dijayakan bersama pihak Jabatan Penerangan yang menyediakan peralatan sistem pembesar suara dan peronda polis yang menjaga keselamatan dan kelancaran majlis.

Ustaz Harith Fadillah dalam ceramahnya telah menyentuh tentang perjalanan hidup Rasullallah dan menyeru masayrakat mengambil contoh dan iktibar dari sifat2 terpuji rasullallah SAW dalam kehidupan seharian.







Solat itu mudah ::: pikir2 kan lah di mana kita














solat itu mudah, tp masih ramai yg meremeh3kan soal solat ini. mari kita renungkan gambar2 di atas, walau di mana kita berada, solat itu masih boleh dilaksanakan..semoga kita dapat menunaikan perintah Allah serta mendapatkan keberkatan dalam apa jua yang kita lakukan.

Ceramah Keselamatan Jalan Raya

pada 23 Mac 2009, SKSN telah dikunjungi oleh ketua balai, Balai Polis Bagan Datoh SM Badaruddin sewaktu perhimpunan pagi. beliau telah memberikan ceramah berkaitan dengan keselamatan di jalan raya khusus untuk murid sekolah rendah. Beliau telah mengingatkan murid2 agar sentiasa mematuhi peraturan di jaaln raya serta menjaga keselamatan apabila menunggang atau berjalan kaki di jalan raya semasa datang dan pulang dari sekolah. Beliau juga telah memberitahu murid2 statistik berkaitan kemalangan yang biasa terjadi kepada murid2 di sebabkan kecuaian mereka sendiri. pada akhir ceramah SM Badaruddin menyeru semua warga SKSN agar sama2 membantu pihak berkuasa mengatasi masalah keselamatan terutama yang melibatkan keselamatan murid2 di jalan raya.




SM Badaruddin@ Ketua Balai Bagan Datoh



Murid2 memberikan tumpuan kepada ceramah






Sunday, April 19, 2009

pic@SKSN


poco2@sksn


zila: 1,2,3,4 move! move!


chicken dance@poco2



poco2@sksn



the legend in making....








Pasukan Kelompok8 ke Kejohanan Sepak Takraw MSSD B12

30 hb Januari, Pasukan Sepak Takraw Kelompok 8 telah ke Dewan Orang Ramai berhampiran SK Dalarama, Teluk intan untuk menyertai kejohanan Sepak Takraw MSSD B12. Pasukan Kelompok 8 diwakili oleh Sharul Azry, Nor arif, Borhan Abd Rahman, Noor Adam(SKSN) mohd Firdaus, Amir Nur Shafik, Mohd Hazrul adam(SKS3) Mohd Aqil Akim, ShahrulNizam(SKBD) mohd hazman,(SKR). kejohanan telah berlangsung 2 hari iaitu pada hari jumaat petang dan sabtu pagi.

Keputusan walaupon tidakbegitu memberangsangkan tapi atas usaha gigih murid2 mereka telah berusaha bersungguh2 hingga ke mata penamat



Pasukan@MSSD Sepak Takraw B12 2009


Perjumpaan dgn Ibu Bapa Penjaga Tahun 6

Satu perjumpaan di antara Guru2 dan penjaga murid2 tahun 6 telah di adakan pada 17 hb april 2009 jam 11.00pagi bertempat di dewan Sinar Budi SKSN, Perjumpaan ini juga dihadiri oleh Pn Guru Besar, barisan PK dan guru2 tahun 6 dan guru2 lain.

perjumpaan ini diadakan adalah untuk membincangkan program, aktiviti dan prestasi murid2 pada masa sekrang. turut diumumkan program "mentor" dan "mantee" bg meningkatkan prestasi murid. juga dibincangkan juga adalah program kelas tambahan pada sebelah malam.

Saturday, April 18, 2009

kembali ke asal usul SKSN

Sekolah Kebangsaan Sungai Nipah telah wujud lebih dari 100 tahun di Kampung Sungai Nipah Baroh, di percayai merupakan antara sekolah yang terawal menyediakan pendiidkan kepada anak watan Sungai Nipah Baroh dan kawasan2 sekitarnya..

Untuk menjejak dengan lebih teliti sejarah penubuhan SK Sungai Nipah, sila klik di sini



Bola Sepak Daerah 2009

hari khamis dan jumaat yg lepas, kejohanan bola sepak b12 peringkat MSSD telah berlangsung di padang SK khir Johari dan Padang SK simpang 4. pasukan kelompok 8 bermain dalam kumpulan A beersama2 pasukan kelompok 7, 6 dan 5. kira duk dalam kumpulan maut berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini..

maka seperti yg dijangka, pasukan kem 8 xdpt menyaingi pasukan lain yang lebih tinggi mutu permainan, mengalami kekalahan 4-0 di tgn pasukan kem 7, 7-2 di tgn kem 6 dan kalah tipis 1-0 di tgn pasukan kem 5. apa yang boleh dibanggakan adalah semangat berjuang yang tinggi, semangat melawan yg kental, cuma bukan masanya lagi pasukan ini pergi jauh. apapun tahniah kepada seluruh pasukan bola sepak kem 8, jurulatih2 dari sekolah2 yang membantu dalam latihan, moga tahun2 depan, semngat ini akan terus ada dan supaya pasukan ini tidak terkubur begitu sahaja.

Pasukan Bola Sepak B12 kelompok8 tahun 2009

Shahrul Azry, Nor Arif, Noor Adam, Borhan Abd Rahman, Qatrun, Haqif Fakhri, Akmal Najwan, NorHasannuddin, Aiman, Shafikul, Naqiuddin, Aqil, Nizam, Kesavan, Imran dan Azammuddin

" you will never walk alone"


tanda nama???

mencari satu dalam sejuta dah ada sejuta kebarangkalian...hampir saja pekerjaan itu sia2, jika tiada semangat, tiada lah gunanya..so, satu dlm sejuta ini adalah diri kita sendiri.jika kita sayang diri kita, alangkah indahnya percarian satu dalam sejuta bilamana kita berusaha..nothing imposible in this world.

Friday, April 17, 2009

SKSN@ceritera : perjalanan telah bermula

sedar tak sedar dah 4 bulan berlalu, rasa seperti semalam sesi persekolahan 2009 bermula. berbagai2 aktiviti dan acara telah dilaksanakan oleh warga SKSN.Dari acara sukan dan ujian bulanan serta xlupa juga mesyuarat agong PIBG telah dilaksanakan. kira mmg padat la jadual untuk suku tahun pertama 2009 ini.

LATIHAN RUMAH RUMAH SUKAN 2009@SKSN
januari-feb 2009

sebelum sukan tahunan sksn 2009 dijalankan, persediaan murid2 telah dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh S/U sukan tahunan ( Cikgu Tahkim). Latihan rumah sukan ini memberi peluang kepada murid2 dari rumah sukan yang bertanding untuk berlatih dan menunjukkan prestasi supaya dipilih untuk memwakili rumah sukan masing2 nnti..

KEJOHANAN SUKAN TAHUN SK SUNGAI NIPAH 2009
14 feb 2009 jam 2.30ptg

Kejohanan Sukan Tahunan SKSN telah berlangsung pada 14 feb 2009, perbarisan masuk kontinjen dimulakan tepat jam 2.30ptg dan telah diteruskan dengan bacaan ikrar kejohanan dan diteruskan dengan acara-acara balapan. kejohanan sukan tahunan kali ini telah diselangi dengan acara dari pemuda kg sungai nipah baroh. upacara perasmian penutup telah disempurnakan oleh en Saidi bin Ngah Said dari JPN Perak, beliau merupakan bekas guru yang pernah berkhidmat di SKSN pada awal tahun 80-an.



perbarisan masuk kontinjen2 rumah sukan



rumah biru



kuning team



merah@sksn



acara perbarisan



bacaan ikrar : zamhana Abdullah



sukan@sksn



HM@ucapan



ikhwan,chenoi n romie@sksn


KEJOHANAN OLAHRAGA DAERAH HILIR PERAK
24 feb 2009
stadium sabak bernam

Kejohanan Olahraga peringkat Daerah HP telah berlangsung pada 24 feb 2009 bertempat di Stadium mini SB, kontinjen dari SKSN seramai 13 org, 8 lelaki dan 4 perempuan telah menggalas misi untuk bejuang dan mendapatkan keputusan yang baik dalam Kejohanan olahraga pada kali ini. pasukan kuartet 4x200 meter perempuan yang diwakili oleh Fatin Nur shahira, Nor ziana Abu Hasan, Nur Syafiqah Zulkifli dan Nor Diana Athar Mohd desa telah mencipta sejarah tersendiri bagi SKSn kerana julung2 kalinya wakil dari kelompok 8 telah berjaya mendapatkan pingat gangsa. tahniah bagi kontinjen SKSN atas usaha yang bersungguh-sungguh. bagi acara lain kontinjen SKSN diwakili oleh Borhan Abd Rahman(4x200 meter L) mohd Noor Adam (4x200 m L & lompat Jauh ) mohd Sharul Azry (4x200m) mohd nor Arif, mohd Fikhri, Mohd amierul Asyraf , mohd Ikhwan Hakim ( 4x100m) dan Nur lina khalida (100m P & 4x100 m P)



borhan, fikhri, acap,ikhwan, sharul, arif & sobir@MSSPK HP2009



adam & sobir@MSSPK HP2009



Tempat ke3 kuartet 4x200 m P terbuka
dari kiri : Diana, Fatin, Ziana, Syfiqah


MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H
PERINGKAT SK SUNGAI NIPAH


SK Sungai Nipah, 13 mac 2009. warga SKSN telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul 1430H sempana memperingati hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Majlis ini disambut bertujuan menyemai dan melatih murid2 menghayati dan menghargai ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Acara telah dimulakan dengan perarakan oleh murid2 dan guru2 sambil berselawat menuju ke dewan SKSN. Perarakan ini telah diketuai oleh kumpulan kompang yang dipimpin oleh adik zamhana. perarakan ini bergerak ke dewan SKSN dan majlis bacaan yasin telah diadakan dan dipimpin oleh Ust Hasnul Syuhudi bin abdullah. Setelah selesai bacaan yasin, panatia agama islam telah menjalankan pertandingan untuk murid tahun 1-6.



Perarakan@maulidur rasul




murid2 perempuan@maulidur rasul



Budak2 lelaki@maulidur rasul




bacaan yasin@maulidur rasul



ust Hasnul & co @maulidur rasul