Friday, April 17, 2009

SKSN@ceritera : perjalanan telah bermula

sedar tak sedar dah 4 bulan berlalu, rasa seperti semalam sesi persekolahan 2009 bermula. berbagai2 aktiviti dan acara telah dilaksanakan oleh warga SKSN.Dari acara sukan dan ujian bulanan serta xlupa juga mesyuarat agong PIBG telah dilaksanakan. kira mmg padat la jadual untuk suku tahun pertama 2009 ini.

LATIHAN RUMAH RUMAH SUKAN 2009@SKSN
januari-feb 2009

sebelum sukan tahunan sksn 2009 dijalankan, persediaan murid2 telah dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh S/U sukan tahunan ( Cikgu Tahkim). Latihan rumah sukan ini memberi peluang kepada murid2 dari rumah sukan yang bertanding untuk berlatih dan menunjukkan prestasi supaya dipilih untuk memwakili rumah sukan masing2 nnti..

KEJOHANAN SUKAN TAHUN SK SUNGAI NIPAH 2009
14 feb 2009 jam 2.30ptg

Kejohanan Sukan Tahunan SKSN telah berlangsung pada 14 feb 2009, perbarisan masuk kontinjen dimulakan tepat jam 2.30ptg dan telah diteruskan dengan bacaan ikrar kejohanan dan diteruskan dengan acara-acara balapan. kejohanan sukan tahunan kali ini telah diselangi dengan acara dari pemuda kg sungai nipah baroh. upacara perasmian penutup telah disempurnakan oleh en Saidi bin Ngah Said dari JPN Perak, beliau merupakan bekas guru yang pernah berkhidmat di SKSN pada awal tahun 80-an.



perbarisan masuk kontinjen2 rumah sukan



rumah biru



kuning team



merah@sksn



acara perbarisan



bacaan ikrar : zamhana Abdullah



sukan@sksn



HM@ucapan



ikhwan,chenoi n romie@sksn


KEJOHANAN OLAHRAGA DAERAH HILIR PERAK
24 feb 2009
stadium sabak bernam

Kejohanan Olahraga peringkat Daerah HP telah berlangsung pada 24 feb 2009 bertempat di Stadium mini SB, kontinjen dari SKSN seramai 13 org, 8 lelaki dan 4 perempuan telah menggalas misi untuk bejuang dan mendapatkan keputusan yang baik dalam Kejohanan olahraga pada kali ini. pasukan kuartet 4x200 meter perempuan yang diwakili oleh Fatin Nur shahira, Nor ziana Abu Hasan, Nur Syafiqah Zulkifli dan Nor Diana Athar Mohd desa telah mencipta sejarah tersendiri bagi SKSn kerana julung2 kalinya wakil dari kelompok 8 telah berjaya mendapatkan pingat gangsa. tahniah bagi kontinjen SKSN atas usaha yang bersungguh-sungguh. bagi acara lain kontinjen SKSN diwakili oleh Borhan Abd Rahman(4x200 meter L) mohd Noor Adam (4x200 m L & lompat Jauh ) mohd Sharul Azry (4x200m) mohd nor Arif, mohd Fikhri, Mohd amierul Asyraf , mohd Ikhwan Hakim ( 4x100m) dan Nur lina khalida (100m P & 4x100 m P)



borhan, fikhri, acap,ikhwan, sharul, arif & sobir@MSSPK HP2009



adam & sobir@MSSPK HP2009



Tempat ke3 kuartet 4x200 m P terbuka
dari kiri : Diana, Fatin, Ziana, Syfiqah


MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H
PERINGKAT SK SUNGAI NIPAH


SK Sungai Nipah, 13 mac 2009. warga SKSN telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul 1430H sempana memperingati hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Majlis ini disambut bertujuan menyemai dan melatih murid2 menghayati dan menghargai ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Acara telah dimulakan dengan perarakan oleh murid2 dan guru2 sambil berselawat menuju ke dewan SKSN. Perarakan ini telah diketuai oleh kumpulan kompang yang dipimpin oleh adik zamhana. perarakan ini bergerak ke dewan SKSN dan majlis bacaan yasin telah diadakan dan dipimpin oleh Ust Hasnul Syuhudi bin abdullah. Setelah selesai bacaan yasin, panatia agama islam telah menjalankan pertandingan untuk murid tahun 1-6.



Perarakan@maulidur rasul




murid2 perempuan@maulidur rasul



Budak2 lelaki@maulidur rasul




bacaan yasin@maulidur rasul



ust Hasnul & co @maulidur rasul





No comments:

Post a Comment