Wednesday, April 22, 2009

Majlis Maulidur Rasul anjuran K-Bestari Kg Sungai Nipah Baroh

Bertempat di perkarangan SKSN, telah berlangsung majlis Maulidur Rasul anjuran Komuniti Bestari (K-Bestari) Kg Sungai Nipah Baroh. Ceramah ini telah disampaikan oleh Sahibul Samahah Al Fadhil Ustaz Harith Fadillah bin Abd Halim. Beliau merupakan Ketua Penolong Pengarah (Dakwah) Jabatan Agama Islam Perak. Beliau merupakan penceramah agama di Radio Perak FM.

Sambutan Majlis Maulidur Rasul ini telah dihadiri oleh penduduk di kawasan Kg Sungai Nipah dan kawasan sekitarnya. turut hadir pada majlis ini ialah YB Datuk Shaarani Mohamad, ADUN Rungkup, En Khairuddin Hj Tarmizi, Setiausaha Khas Menteri Pertahanan Malaysia, Cikgu Zainuldin Helmi, Ketua Pemuda Bahagian Bagan Datoh, SM Badarudin, Ketua Balai Polis Bagan Datoh.

Majlis ini telah dijayakan bersama pihak Jabatan Penerangan yang menyediakan peralatan sistem pembesar suara dan peronda polis yang menjaga keselamatan dan kelancaran majlis.

Ustaz Harith Fadillah dalam ceramahnya telah menyentuh tentang perjalanan hidup Rasullallah dan menyeru masayrakat mengambil contoh dan iktibar dari sifat2 terpuji rasullallah SAW dalam kehidupan seharian.







No comments:

Post a Comment